Breaking News
recent

Cara Mudah Untuk Jual Beli Saham

Cara Mudah Untuk Jual Beli Saham  

==========================================

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Pagi ini saya terbuka hati untuk berkongsi sedikit tips" Cara Mudah Untuk Jual Beli Saham".

Saya tahu kebanyakkan orang sekarang sudah mula berjinak-jinak dengan pelaburan saham.

Namun tak semuanya berjaya menjadi pelabur yang berjaya a.k.a pelabur yang "UNTUNG".

Ini kerana anda masih lagi dalam proses pembelajaran samada dari segi Teknikal mahupun Fundamental.

Namun apa yang menjadi Faktor Utama adalah "EMOMENTAL" yakni pengurusan emosi dan mental.

Ini kerana :

> Kebanyakan para pelabur baru suka beli berdasarkan "hear-say" atau khabar angin.

> Suka beli kaunter PENNY Stock yang tiada nilai.

> Suka trade kontra + beli ikut khabar angin

> Overtrade yakni membeli melebihi capital/dana sendiri dengan menggunakan margin fasiliti.

> Suka Lawan Arus- seperti beli kaunter yang downtrend dengan harapan untuk rebounce

> Bila In The Money a.ka dalam mode untung cepat-cepat ambil untung, manakala bila dah rugi tak mahu cepat-cepat CUT LOSS yang akhirnya menjadi LONG TERM Investor.

> Tiada masa untuk monitor saham yang dibeli.

Ini adalah senario biasa bagi para pelabur runcit dan para pelabur baru yang mula berjinak-jinak dengan pelaburan saham.

Tapi Pernah Tak Anda Berfikir Begini ?

====================================

> Sebelum melangkah masuk dalam pasaran saham, kenapa tidak masuk fasa pertama dahulu yakni      dalam Pasaran Unit Amanah ?

> Pernah tak terfikir dari keuntungan Unit Amanah itu, anda keluarkan dan jadikannya sebagai dana      asas dalam pelayaran dunia pelaburan saham ?

> Kalau hangus pun, capital/dana anda di Unit Amanah masih boleh memberikan keuntungan bagi        memulakan semula perjalanan kedua pelayaran anda dalam pelaburan saham ?

> Daripada hangus kesemuanya akibat 7 perkara yang saya sebutkan di atas ?

Sekali lagi saya ingin bertanya pernah tak anda berfikir seperti ini ?? 

Jawablah dengan jujur, hanya anda sendiri yang tahu jawapannya.

=============================================================
Oklah, berbalik kepada tujuan asal saya berkenaan dengan Cara Mudah Untuk Jual Beli Saham. 

Pernah tak anda lihat saham-saham yang dibeli oleh FUND-FUND Manager dari Pengelola-Pengelola Unit Trust/Unit Amanah ?

Ok, saya berikan contoh Dana PMB Shariah Growth Fund berdasarkan Laporan 28/2/2015. (Tahun Lepas )



Bagaimana Untuk Mengetahui  Harga Kos Sesuatu Saham Yang Telah Di Beli Oleh Fund Manager Ini ? ( Berdasarkan Gambar Di Atas )

Contoh 1
======
Nama Saham : Daibochi Plastic & Pakaging Industry Bhd

=   Jumlah Kos       
      -----------------
      Jumlah Saham

=   RM 560 114       
      -----------------
      122 000

= RM 4.59 @ 28/2/2015 Harga Kos Satu Unit Saham

* Update Harga Semasa 15/2/2016 = RM 5.30

Contoh 2
======
Nama Saham : Kossan Rubber Industries Bhd

=   Jumlah Kos       
      -----------------
      Jumlah Saham

=   RM 614 063       
      -----------------
      131 700

= RM 4.66 @ 28/2/2015 Harga Kos Satu Unit Saham

* Update Harga Semasa 15/2/2016 = RM 6.99


Anda boleh semak harga kos setiap saham yang dibeli oleh FUND Manager setiap tahun berdasarkan laporan tahunan yang mereka keluarkan. Banyak yang boleh dijadikan rujukan seperti

  • Dana PMB Investment
  • Public Mutual
  • Eastpring Investment
  • Manulife - dahulu Maakl Mutual
  • etc

Ingat !

"if you can't beat them join them"


                                                    " Be Like A Remora FISH"

p/s : Harap pandangan saya ini dapat memberikan pencerahan kepada anda dan selamat maju         jaya dalam dunia pelaburan saham.

p/s : Jika ada sesiapa yang berminat untuk bermula dengan Unit Amanah melalui PMB                      Investment bolehlah menghubungi saya melalui sms/telegram seperti nombor dibawah

                    013-4497668 - Iskandar a.k.a Tokan Corner Isk

Tokan Corner

Tokan Corner

No comments:

Post a Comment

Pengurusan Kewangan. Powered by Blogger.