Breaking News
recent

5 Cara Untuk Melindungi Diri Dari Krisis Kewangan Yang Kian Menghampiri

5 Cara Untuk Melindungi Diri Dari Krisis Kewangan Yang Kian Menghampiri

Pertama sekali, kita perlu mempelbagaikan jenis pelaburan kita. Tidak ada gunanya meletakkan kesemua simpanan anda kedalam satu jenis pelaburan sahaja. Adalah bijak untuk mempelbagaikan cabang pelaburan supaya wang simpanan kita dilindungi dari sebarang risiko yang besar. Jadi bagaimanakah dan dimanakah anda letakkan wang simpanan anda dari kadar inflasi yang tinggi ?

1. Emas
Semua orang tahu emas adalah bagus pada masa kemelesetan ekonomi,namun ramai tidak tahu bahawa emas telah dirampas semasa kemelesetan ekonomi yang amat teruk. Jadi matlamat utama adalah dengan membeli emas dalam bentuk syiling/bar etc. Yang boleh anda pegang, jilat,gigit. Bukannya Emas ETA atau emas tangguh. Begitu juga emas kertas ( Gold Passbook) atau Emas Digital. Ingat hanya emas tulin yakni yang anda boleh pegang,jilat,gigit etc. Selain dari itu .. angkat kaki langkah seribu.

2. Hartanah
Hartanah mempunyai beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi menghadapi kegawatan. Seperti anda boleh memajak/OD kepada bank dan memperolehi wang tunai . Adalah lagi  bagus jika anda mendapat padar kadar interest/hibah yang tetap dan lagi bagus jika tetap dan rendah. Ketika kegawatan pasaran harga hartanah juga akan jatuh, walaupun dalam kejatuhan harga rumah yang dipajakkan masih lagi menghasilkan pendapatan melalui sewaan dari penyewa anda. Sementara kejatuhan harga hartanah wang yang telah diperolehi itu disimpan sama ada dalam Tabung Haji@OD Fasiliti@ FD atau apa-apa instrument kewangan yang boleh memberikan anda pulangan yang lebih tinggi dari kadar yang dikenakan. Sementara menunggu untuk membeli hartanah yang baru pada kadar yang lebih murah dengan wang pajakan yang telah anda lakukan sebelum ini.

3. Saham/ Unit Amanah Saham

 Pasaran Saham/Unit Amanah akan melonjak naik dan turun macam “roller coster” semasa tempoh kegawatan. Ini mengakibat satu perjalanan yang sukar buat pelabur, tetapi saham/ unit amanah saham adalah salah satu instrument yang mudah untuk dicairkan bagi melindungi modal  dari kesan inflasi terhadap nilai matawang.

p/s : Pilih saham yang mempunyai nilai, memberikan dividen serta tengok sejarah lalu yang mana syarikat-syarikat yang berjaya mengharungi kegawatan pada tahun tahun lalu. Jangan memilih saham///Unit Amanah saham yang membeli kaunter cap AYAM.

4. Matawang Asing

Dengan membeli matawang asing  bagi melindungi nilai wang anda. Contoh seperti seperti yang berlaku pada tahun 1997 yang mana orang ramai berpusu-pusu menukarkan wang RM kepada USD.
Nota : Perkara ini tidak digalakkan kerana ini akan memburukkan lagi keadaan semasa dan dan menyusahkan orang ramai. Kecuali memang hardcore dan hati kering.

5. Aset Alternatif

Beli barang yang rare dan mempunyai nilai dan demand seperti lukisan, duit syiling lama, setem. Para jutawan di China telah mula bertukar kepada aset alternatif bagi melindungi nilai harta mereka.

Disini Disertakan Senarai Orang Perseorangan Untuk Anda Hubungi Bagi Jenis Pelaburan Yang Anda Kehendaki.

( Klik Pada Nama Mereka)
Emas : Louis Ng ( Founder Public Gold )
Hartanah : Shafie Bustan |( Pakar Hartanah )
Saham : Zayed Zulkifli | ( Mentor Pelabur Nilai )

►LIKE | COMMENT | SHARE◄
Support: PMB Investment Unit Trust Advisor
# Ingin melabur dalam Unit Amanah Saham??
# Whatsapp/SMS : 013-4497668 ( Iskandar)
Klik Link Ini Untuk Semakan Pemilihan Dana Yang Sesuai Untuk Anda :http://goo.gl/forms/e6kU2zMb0P


farizah shah

farizah shah

No comments:

Post a Comment

Pengurusan Kewangan. Powered by Blogger.