Bagaimana Untuk Mencapai Ekuiti Bumiputera 30%?
Apa yang anda faham
mengenai pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30%? Salah satu matlamat Dasar
Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk mengagihkan kekayaan negara secara saksama
antara kaum di Malaysia dengan ekuiti bumiputera ialah 30 peratus, bukan
bumiputera – 40 peratus dan penyertaan asing ialah 30 peratus. Tempoh rancangan
ini ialah dari tahun 1970 sehingga 1990 di mana ia menunjukkan ekuiti
bumiputera pada tahun awal pelaksanaannya ialah 2 peratus naik kepada 20
peratus dalam tempoh masa 20 tahun melalui pelaksanaan dasar ini. Menurut Tun
Daim Zainuddin yang bertanggungjawab untuk menjayakan matlamat DEB pada
tahun-tahun akhir pelaksanannya semasa menjadi Menteri Kewangan, ia merupakan
pelaksanaan yang boleh dibanggakan kerana walaupun ia tidak mencapai sasaran
asalnya 30 peratus, ia merupakan merupakan pencapaian yang baik dalam sesebuah
masyarakat majmuk. Tun Daim sendiri tidak tahu mengapa formula ekuiti
bumiputera ditetapkan kepada 30 peratus dan tidak kepada 20 peratus atau 40
peratus.
Menurut Tan Sri
Muhammad Ali Hashim, bekas Ketua Eksekutif Johor Corporation (Jcorp),
menyatakan bahawa ekuiti bumiputera yang sepatutnya dicapai ialah 65 peratus
dan bukannya 30 peratus kerana jumlah penduduk muslim di Malaysia ialah 65
peratus. Namun penulisan saya kali ini adalah berpegang kepada 30 peratus
kerana ia merupakan dasar sebenar kerajaan.
Apakah yang
menjadi ukuran ukuran ekuiti bumiputera ini? Sebenarnya, ukuran bumiputera ini
menurut Dr. Syed Hussin Ali (2008) adalah termasuk :
i.
Individu Melayu : Meliputi institusi yang menyalurkan kepentingan
persendirian Melayu seperti Amanah Saham MARA, dan Lembaga Urusan Tabung Haji.
ii.
Kepentingan Melayu : Saham yang dianggap sebagai saham amanah oleh agensi
seperti MARA (tidak termasuk Amanah Saham MARA), PERNAS, UDA, Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Bank Bmiputera dan Bank Pembangunan.
Pada tahun 1990
iaitu tahun berakhirnya tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB),
dianggarkan bahawa modal saham syarikat saham dalam syarikat berhad ialah RM80
billion dan jika hendak menguasai 30% ekuiti bumiputera melayu, maka orang
melayu atau pemodal-pemodal melayu perlu memiliki saham sebanyak RM24 billion.
Pada tahun 1970, hak milik modal saham melayu ini hanya berjumlah RM126 juta,
dan pada tahun 1975 jumlah modal saham melayu ialah RM768 juta iaitu kenaikan
sebanyak RM128 juta setiap tahun. Untuk mencapai RM24 billion pada tahun 1990,
maka modal saham yang diperlukan ialah lebih RM23 billion yang mesti dikumpul
dalam masa 15 tahun iaitu dari tahun 1975 sehingga tahun 1990. Ini bermakna
orang melayu memerlukan modal saham sebanyak RM1.533 billion setiap tahun untuk
mencapai matlamat DEB pada akhir tahun 1990 (Dr. Syed Husin Ali, 2008).
Untuk mencapai
hasrat pemilikan ekuiti bumiputera 30% ini, cadangan yang diutarakan oleh Dr.
Syed Husin Ali (2008) ialah :
i.
Mengumpul semua simpanan yang ada pada setiap orang melayu untuk dijadikan
modal. Namun anggaran yang boleh dibuat melalui cara ini akan menyebabkan akan
lebih tersempit dari keadaan sedia ada. Ini sudah tentunya menyekat kebebasan
dari segi ekonomi bagi kehidupan seseorang.
ii.
Kerajaan mengeluarkan lebih banyak lagi pinjaman melalui bank atau badan
tertentu. Akan tetapi, bagi mendapatkan pinjaman, ia memerlukan jaminan dan
sandaran. Ini bermakna golongan tertentu sahaja yang boleh mendapatkan
pinjaman.
iii. Untuk
menaikkan peratusan modal orang melayu, boleh dibataskan atau dihadkan sahaja
jumlah pelaburan oleh golongan bukan melayu dan asing. Akan tetapi, ini boleh
membunuh ekonomi negara kerana ia menyebabkan tentangan daripada golongan yang
dibataskan dan ini secara tidak langsung ia akan menjejaskan kestabilan
politik.
iv.
Melaksanakan dasar milik negara. Ini bukanlah konsep milik negara yang
diamalkan oleh golongan orang berfahaman komunis. Apa yang dikehendaki ialah
cuma sesetengah sahaja daripada perusahaan dan perkhidmatan penting milik
negara ataupun diambil alih oleh negara. Dengan melaksanakan dasar milik
negara, ia lebih mudah dirancang agar keuntungan daripada perusahaan negara
digunakan untuk pembangunan dan lebih banyak lagi penyertaan Bumiputera
digalakkan dalam bidang-bidang perniagaan serta perusahaan yang dikuasai
negara.
Sudah tentu,
langkah ke-iv merupakan langkah paling berkesan untuk membangunkan ekonomi
orang melayu pada hari ini menurut beliau.
Sikap majoriti
orang melayu adalah tidak berani untuk mengambil risiko. Ini benar menurut Tun
Daim Zainuddin apabila ramai orang mengatakan beliau memperolehi banyak tanah
untuk menjadi jutawan hartanah kerana disebabkan hubungan akrabnya dengan Datuk
Harun Idris yang ketika itu menjadi Menteri Besar Selangor. Sebenarnya,
ramai orang melayu yang memperolehi tanah daripada beliau (Datuk Harun Idris)
dan kemudian menjual tanah tersebut untuk mendapatkan wang tunai dengan segera
kerana tidak mahu mengambil risiko untuk membangunkan tanah tersebut.
Sikap orang
melayu ini dapat dilihat dalam pemilikan ekuiti 20 peratus bumiputera.
Sebenarnya, daripada jumlah 20 peratus bumiputera, kira-kira 12 peratus
daripadanya adalah dalam bentuk pegangan amanah dan beberapa institusi
kerajaan. Ini sekaligus melindungi bumiputera daripada risiko sebenar
perniagaan. Mereka bukanlah orang yang berdaya usaha dan sanggup mengambil
risiko. Mereka merupakan pelabur pasif dalam usaha niaga yang dijalankan oleh
pihak kerajaan. Sikap dan mentaliti pasif bukanlah bentuk revolusi mental yang
hendak dipupuk oleh kerajaan dalam masyarakat melayu dan bumiputera melalui DEB
(Tun Dr. Mahathir, 2012).
Sehingga tahun
2010, pemilikan ekuiti Bumiputera pada nilai tara
meningkat kepada 23.09 peratus iaitu RM167.7 bilion berbanding 2008 iaitu 21.9
peratus bernilai RM127.4 bilion. Angka ini
diperoleh berasaskan keseluruhan ekuiti berjumlah RM726.4 bilion pada 2010
berbanding RM581.8 bilion pada 2008. Ekuiti Bumiputera ini termasuk
pemilikan individu, institusi kepentingan Bumiputera seperti Lembaga Tabung
Haji (LTH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Agensi Amanah seperti
Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB),
Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
(Harian Metro).
Pemilikan ekuiti
Bumiputera tertinggi mengikut sektor adalah industri kewangan, insurans dan
takaful yang meningkat kepada 37.56 peratus bagi 2009 dan 38.97 peratus pada
2010 dengan nilai pemilikan ekuiti Bumiputera meningkat daripada
RM53.35 billion kepada RM65.37 billion. Industri perdagangan borong dan runcit
adalah industri yang mempunyai bilangan syarikat Bumiputera tertinggi
berbanding industri lain. Bagaimanapun, bilangan syarikat Bumiputera menurun
daripada 73,230 pada 2009 kepada 70,216 pada 2010 (Harian Metro).
Karangan Oleh : wankamarul701.blogspot.my
Solusi :
Apa yang boleh kita buat untuk mencapai matlamat pemilikan
bumiputera sebanyak 30% sebagai pekerja makan gaji?
Tidak lain dan tidak bukan adalah mudah sahaja
dengan membuat pelaburan melalui PMB Investment yang merupakan anak
syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA).Yang
akan menghadiri AGM/Mesyuarat Agung Tahunan bagi setiap syarikat yang telah
dibeli pegangan sahamnya. Secara tidak langsung “SUARA Dan Kehendak Bumiputera”
dapat disampaikan oleh PMB Invest dalam mesyuarat tersebut sebagai wakil
pelabur dan juga atas kapasiti syarikat yang berstatus Bumiputera.
Prestasi Pulangan Pelaburan PMB Invest Bagi Tahun 2015
Jumlah penduduk Malaysia pada hari ini ialah
28.3 juta dengan jumlah penduduk berbangsa melayu ialah 56.4% (tidak mengambil
kira bumiputera lain) atau bersamaan dengan 15.96 juta orang. Sekiranya purata
setiap orang menyumbang RM200 setiap bulan melalui caruman kepada
PMB Invest, jumlahnya adalah RM319 juta sebulan ataupun RM3.8 billion setahun.
Ini belum
mengambil kira lagi ekuiti-ekuiti bumiputera melayu yang lain. Sudah tentu ia
akan memberi impak kepada ekonomi orang melayu itu sendiri walaupun dengan
hanya membuat pengorbanan yang sedikit setiap bulan.
Prestasi Pulangan Salah Satu Dana PMB Invest
Berminat dengan Produk PMB Invest ??
No comments:
Post a Comment